SEJARAH SEKOLAH SK MOHAMAD REDEH
Dikatakan pada ketika itu orang Kampung Saai teringin sangat hendak bersekolah. Pelajaran agama sudah ada pada waktu itu cuma mereka ingin menaik taraf pendidikan mereka dengan mempelajari subjek-subjek yang lain. Mendengar rintihan itu, timbul la keazamanan seorang insan bernama Mohd bagi merealisasikan impian dan hasrat tersebut. Lalu, beliau berlayar (seorang atau ada beberapa orang saya tak tahu) ke Kuching dengan menggunakan layar melalui pesisir laut dari Saai ke Kuching untuk berjumpa pemerintah pada ketika itu. Setelah berjumpa, maka pemerintah tidak dapat menyediakan sekolah. Walaubagaimanapun, mereka sudi menghantar seorang guru untuk berkhidmat di Kampung Saai yang bernama Cikgu Khatib. Beliaulah orang pertama yang berkhidmat di Kampung Saai yang melahirkan individu-individu tertentu di Saai. Seiring perkembangan pendidikan, akhirnya Redeh School ditubuhkan sempena nama individu yang berpengaruh iaitu Redeh. Setelah sekolah kerajaan tertubuh, maka nama sekolah dijenamakan semula iaitu Mohd Redeh bagi mengenang jasa "Mohd" yang sanggup bergadai nyawa berlayar dan "Redeh" iaitu individu yang berpengaruh. Akhirnya nama sekolah tersebut menjadi SK Mohd Redeh.
Comments
Post a Comment